Tuesday, June 15, 2010

Bahan bantu mengajar..


Dalam dunia perkembangan begitu pesat, banyak perubahan telah berlaku dalam bidang pendidikan termasuk penggunaan laptop dan LCD projektor dalam pengajaran subjek sekolah.

Terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang dapat digunakan bagi menarik pelajar untuk belajar di dalam kelas seperti alat tayang, video player dan lain-lain lagi. Pelajar akan lebih berminat untuk belajar sekiranya terdapat alat-alat dan bahan-bahan berbentuk animasi yang sanagt menarik. Tidak kira peringkat umur, pelajar akan lebih berminat untuk melihat jenis persembahan multimedia yang mana menggabungkan animasi, audio, grafik, text dan lain-lain. Berikut merupakan contoh bahan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran samada dirumah atau di sekolah.

Source: Youtube - Learning is fun


Guru dan ibu bapa boleh menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan menarik dalam membentuk minda dan menambahkan pengetahuan pelajar.Oleh yang demikian, guru dan ibu bapa haruslah  mempunyai kemahiran yang mendalam dalam penggunaan media teknologi maklumat dan perisian tertentu.

Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment