Kemahiran
Belajar
1. Kemahiran belajar
yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri.
Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan
1. Kemahiran belajar merupakan kemahiran
seumr hidup yang perlu
dikuasai
oleh pelajar.
2. Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau
mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai apa yang telah diajar
3. Oleh yang demikian, pelajar harus belajar dan
menguasai kemahiran belajar berikut:
i.
Kemahiran
dalam proses belajar
ii.
Kemahiran
menguruskan masa
iii.
Kemahiran
perpustakaan
iv.
Kemahiran
memperoleh maklumat
v.
Kemahiran
membaca
vi.
Kemahiran
membuat nota
vii.
Kemahiran
memotivasi
viii.
Kemahiran
berfikir
ix.
Kemahiran
mengingat
x.
Kemahiran
menjawab soalan peperiksaan
Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?
1. Pelajar harus tahu dan mengamalkan
langkah belajar berikut
semasa
belajar:
i. Menerima dan mendaftar data
atau maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan
'mendaftar' data atau meklumat
di
mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan
sekiranya pelajar menggunakan
ketiga-tiga
cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data
atau maklumat yang diterima kerana
pemahamannya
akan membantu proses meningkat dan proses
mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda
boleh menerangkan semula
data
atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif
tentang
maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah
dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa
yang telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan
di bawah dan pada asasnya
prinsip
dalam proses mengingat ialah ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah
diperljari
a. Pelajar anda harus boleh
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
ke
dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan
kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan
merancang
Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus
i.
memberi
penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii.
memotivasi
diri
iii.
mempunyai
kemahiran berkomunikasi
iv.
berfikir
secara kritis dan kreatif
v.
menggunakan
kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.
0 comments:
Post a Comment