Monday, June 14, 2010

Pendidikan sepanjang hayat...

Pendidikan merupakan proses pembelajaran dan pengajaran bagi membentuk individu yang seimbang dalam semua aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Melalui pendidikan seseorang individu di bentuk untuk menjadi lebih baik serta mampu memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, dan Negara. Pendidikan dilihat sebagai bidang yang sangat penting dalam melahirkan insan yang mempunyai modal insan bagi menerajui negara pada masa depan. Namun begitu, pada masa kini pendidikan tidak lagi hanya tertumpu kepada proses mendidik di sekolah dan universiti sahaja,malah ianya lebih tertumpu kepada pembelajaran sepanjang hayat.   

Pembelajaran sepanjang hayat atau dalam istilah bahasa Inggeris ditakrifkan sebagai 'Lifelong Learning' atau 'Lifetime Learning' merupakan amalan yang semakin digalakkan. Ini kerana, ilmu merupakan tuntutan yang tidak hanya berlaku pada had atau peringkat umur tertentu, malah ianya merupakan proses yang tiada hadnya. Seseorang individu tidak seharusnya berhenti mencari kepelbagaian ilmu selagi masih hidup. Islam juga menggalakkan umatnya menuntut ilmu tanpa batasan sehingga akhir hayat sepertimana dalam
"Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad."


0 comments:

Post a Comment